Friday, November 14, 2014

Set Resdung/ Alahan / Ekzema

Orang yang menghidap resdung biasanya mereka ini sangat sensitif pada perubahan cuaca, tekanan 
emosi, hama dan juga alahan terhadap sesetengah makanan. Untuk masalah resdung dan allergy, pengambilan supplemen adalah sangat-sangat perlu. Antara supplement yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini adalah:

1. Energizing Soy Protein

Kenapa mereka memerlukan ESP????

Kerana mereka yang berpenyakit berpunca dari sel yang tidak sihat. Protein amat penting dalam penghasilan sel. Namun pengambilan protein yang bagus adalah bersandarkan protein dari tumbuh-tumbuhan berbanding protein dari haiwan. Ini adalah kerana protein haiwan sangat tinggi dan berat untuk diproses oleh tubuh. Jadi, mana datangnya sumber protein??? Dari ikan, ayam, telur dan kekacang. Namun, tahukah anda, protein tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi??? Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protein akan mati. Protein hidup dalam suhu tidak melebihi 37oC. Last-last, anda akan dapat rasa sedap je, tapi zatnya telah hilang. Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama, disamping mengurangkan masalah resdung/allergy. secara langsung wajah anda akan nampak lebih berseri.

2. Vitamin C


Bagi yang mengidap allergy, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggial histamin. Histamin akan menyebabkan ruam, bersin, gatal dan juga penyakit allergy lain. Anti-histamin biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami kesan sampingan dari pengambilan dadah anti-histamin. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan dan meningkatkan penyembuhan tisu.

3. B-Complex

Stress juga boleh menggangu sistem badan dan menyebabkan pelbagai penyakit. B-complex lebih dikenali sebagai vitamin "anti-stress". B-complex mengandungi B6-penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari menggangu ruang pernafasan). Membantu mengeluarkan antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara saraf dan berfungsi sebagai anti-stress.

4. Alfalfa


Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit (resdung) itu sendiri. ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamanya akibat dari ekzema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). walaubagaimanapun, mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakan mengambil Alfalfa sebagai supplement mereka.

5. GLA Complex


Merupakan sejenis asid lemak Omega 6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin-iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawal atur proses-proses badan yang normal. Menyokong sistem immune. Gabungan terbaik untuk mengurangkan radang ekzema dengan membantu mengelakkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. GLA juga merupakan rahsia kepada kulit yang cantik (ini kesan jangka panjang kerana ia ada kaitan dengan hormon wanita).

No comments:

Post a Comment