Kenapa Kita perlu ambil vitamin??

7 Sebab Utama Kenapa Badan perlukan vitamin

Mengapa tubuh memerlukan makanan tambahan atau vitamin supplement???

Tidak cukupkah hanya dengan mengamalkan cara pemakanan yang seimbang??? 

Menurut pakar nutrsi terkemuka, Dr. Ray Strand definisi gaya hidup sihat di era moden ini adalah makanan seimbang, senaman dan makanan tambahan.

Di sini disenaraikan 7 sebab utama kenapa Badan kita perlukan Vitamin Supplement atau pun dalam bahasa mudahnya makanan tambahan.

1.Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan. 

2.Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.



3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya, vitamin c dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.




4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestreol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh kita.



5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.



6. Gaya hidup denga 'trend' masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah, dan lebih gemar kepada makan yang tinggi kandungan MSG. MSG adalah singkatan bagi Monosodium glutamat. Ia adalah garam dari asam glutamat. 



7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.


Jadi nampak tak sekarang kenapa kita perlu mengambil supplement??  Kadang-kadang kita nampak sihat tetapi sebenarnya kita tak tahu apa yang berlaku dalam tubuh kita. Jadi fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment